Siti Jamumall Tak Anggap Diri Influencer - “Nampak Muka Aku Je Kata Konten, Cakaplah Apa Pun…”
Mya Amri
01/07/2024 00:55 MYT
01/07/2024 00:55 MYT
Usahawan, Siti Jamumall tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang personaliti media sosial mahu pun pempengaruh.
Kata Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 25, dia hanyalah manusia biasa yang secara kebetulan namanya menjadi tular disebabkan terpalit dengan beberapa isu kontroversi.
“Saya anggap diri saya orang biasa sahaja. Sebab itu kalau anda lihat posting saya di media sosial, saya hanya post sahaja.
“Saya tidak peduli pun tapi jadi viral pula. Nak buat macam mana. Bila sudah viral ditambah pula dengan adanya isu-isu yang agak sensitif seperti perkahwinan, fitnah, rumah tangga, benda benda begitu tak bagus.
“Jadi kita kena jelaskan dengan cara begini (adakan sidang media),” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Siti juga menyatakan dia tidak kisah apabila ada netizen melabelkan dirinya sebagai seorang yang gilakan konten viral.
“Cakap sahajalah apa-apa pun, yang penting saya akan teruskan perjalanan hidup saya.
“Saya dah buat live daripada tahun 2015 sampai sekarang, dah sembilan tahun. Siapa yang selalu mengikuti sosial media di Facebook dan TikTok mereka akan kenal saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Siti telah mengadakan satu sodang media untuk menjelaskan kekeliruan mengenai perkahwinannya bersama lelaki pilihannya yang dikenali dengan nama Aiman Tak Kisah.
Untuk info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.
Siti sepatutnya dijadualkan bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Siti juga pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.
Tak kisah orang tak kenal
Kata Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 25, dia hanyalah manusia biasa yang secara kebetulan namanya menjadi tular disebabkan terpalit dengan beberapa isu kontroversi.
“Saya tidak menganggap diri saya sebagai pempengaruh pun. Pempengaruh tidak, artis pun tidak.
“Saya anggap diri saya orang biasa sahaja. Sebab itu kalau anda lihat posting saya di media sosial, saya hanya post sahaja.
“Saya tidak peduli pun tapi jadi viral pula. Nak buat macam mana. Bila sudah viral ditambah pula dengan adanya isu-isu yang agak sensitif seperti perkahwinan, fitnah, rumah tangga, benda benda begitu tak bagus.
“Jadi kita kena jelaskan dengan cara begini (adakan sidang media),” katanya kepada Gempak.
Tak peduli dilabel minah konten
Sementara itu, Siti juga menyatakan dia tidak kisah apabila ada netizen melabelkan dirinya sebagai seorang yang gilakan konten viral.
“Nampak muka aku je kau kata konten, nampak muka Aiman (suami) je kau cakap konten. Okay, tak kisahlah.
“Cakap sahajalah apa-apa pun, yang penting saya akan teruskan perjalanan hidup saya.
“Saya dah buat live daripada tahun 2015 sampai sekarang, dah sembilan tahun. Siapa yang selalu mengikuti sosial media di Facebook dan TikTok mereka akan kenal saya,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”
BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"
BERITA TRENDING: Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah
BERITA TRENDING: Siapa Yang Dia Suka, Itu Menantu Saya” - Ibu Siti Jamumall