Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak - “Saya Maafkan, Tapi Nak Bersatu Kena Ada…”
Usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall, tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama bekas suami, Aiman Tak Kesah, meskipun kisah penceraian mereka ini mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menurut Siti, walaupun pelbagai isu berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini, dia tetap memilih untuk melihat sisi positif dalam diri Aiman.
undefined
“Macam mana sekalipun, ada benda baik yang Aiman pernah buat dekat saya dan saya tidak akan pernah lupa.
Bagaimanapun, Siti mengakui untuk kembali bersatu sebagai suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan masa, termasuk mendapatkan restu keluarga.
“Untuk balik semula padanya mungkin makan masa. Mungkin sebab perkahwinan itu mudah, bila bercerai dan rujuk juga mudah, jadi melafazkan (talak) pun mudah.
Siti turut menegaskan bahawa keputusannya itu bukanlah berdasarkan perasaan semata-mata, tetapi demi masa depan anak-anak, khususnya bayi perempuan yang sedang dikandungnya.
“Saya fikir panjang, saya tak fikirkan diri sendiri sahaja sebab anak yang dikandung ini anak perempuan. Macam mana pun nanti dia akan cari ayah dia.
Terdahulu, perkahwinan Siti dan Aiman menjadi perhatian warganet apabila berlaku pertelingkahan secara langsung di TikTok sehingga membawa kepada lafaz cerai.
Ia merupakan perceraian kali kedua selepas mereka pernah bercerai dan rujuk semula sebelum ini.
Siti atau nama penuhnya Siti Suriani Wahidin, sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 namun berpisah selepas tiga tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki (6 tahun) dan Putra Aiman Zafran (4 tahun).
Dia kemudian berkahwin dengan Aiman pada Jun 2023 dalam satu majlis di Satun, Thailand.