Laman Utama

Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Yang Disusukan Bukan Anaknya – “Doakan Saya Dapat Anak Saya Balik…”

gempak
Fiza Kamarudin
12/06/2021
16:00 MYT
Sponsor Banner
Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Yang Disusukan Bukan Anaknya – “Doakan Saya Dapat Anak Saya Balik…”
Pengasas kosmetik yang dikenali dengan nama Siti Jamumall terkejut apabila mengetahui bayi yang disusukan bukan anak kandungnya.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani berkata dia hanya menyedari perkara tersebut selepas pulang dari hospital, ketika suaminya membaca tag nama yang terdapat pada bayi tersebut.
“Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.
“Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook pada Sabtu.
Ketika siaran langsung tersebut, Siti Jamumall dan suami dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.
Siaran langsung yang dilakukan oleh Siti Suriani itu mendapat sebanyak 95,000 tontonan dan 50,000 komen.
Menerusi siaran langsung tersebut, Siti Jamumall berkata bayinya masih berada di hospital kerana Dianah masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital.
“Alhamdulillah bayi saya masih ada. Kalau nak ikutkan Dianah dah keluar,” katanya.
Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada pihak hospital berhubung insiden ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live