Tiada angin, tiada ribut, nama dramatis Siti Khadijah tiba-tiba menjadi bualan ramai dia dituduh berlaku biadab dan berlagak diva oleh warga Twitter.

BACA: Siti Khadijah Setuju Dengan Janna Nick Mengenai 'Work Life Balance' - "Saya Pernah Dimaki, Balik Lambat & Kena...

Tuduhan tersebut dilemparkan kepada Siti Khadijah gara-gara trend artis baik dan artis biadab yang semakin popular diciapkan dalam kalangan pengguna media sosial tersebut.



Siti Khadijah atau lebih mesra di sapa Siti berkata, dia tidak mengingati insiden yang dinyatakan oleh pengguna Twitter berkenaan. Siti menganggap, hal tersebut sekiranya benar terjadi, adalah gara-gara sikapnya yang suka bergurau.

[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - "Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi..."

“Saya dapat tahu hal ini daripada kawan saya. Saya terkejut sebab saya tak kacau sesiapa tiba-tiba ada orang bercakap tentang saya.

“Sebenarnya saya tak ingat dan tak kenal mereka yang menuduh saya. Mungkin pada waktu itu saya sedang bergurau dan saya dalam mood happy. Bagi yang kenal saya, semua tahu perangai saya macam mana,” katanya kepada Gempak.



Melanjutkan bicara, Siti memohon maaf jika apa yang berlaku pada waktu itu menyebabkan ada yang tidak selesa.

“Perkara sebegini tak pernah lari daripada saya sebagai seorang selebriti. Sebab sebelum ini pun saya banyak terima komen-komen seperti ini. Mana yang positif siti simpan, yang negatif siti buang. Tapi walau apa pun saya nak minta maaf jika ada terguriskan hati sesiapa.

BACA: "Tidaklah Sehingga Mencari Publisiti Murahan..." - Siti Khadijah

“Mungkin saya salah, saya khilaf. Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati2 untuk tidak bergurau dengan sesiapa. Saya relax dan senyum sahaja,” katanya lagi.