Penyanyi Siti Nordiana akui ibadah solatnya lebih terjaga selepas pulang menunaikan Umrah pada penghujung bulan lalu.
Siti Nordiana berkata dia bersyukur kerana niatnya untuk berhijrah dan menjadi seorang muslim yang lebih baik termakbul.
"Alhamdulilah saya bersyukur niat saya untuk berubah dan berhijrah menjadi seroang muslim yang baik dimakbulkan.
"Pulang sahaja dari Umrah, saya sedar ibadah solat saya lebih terjaga dan saya cuba mengubah pakaian yang lebih sopan dan dituntut agama kita.
"Peluang pertama kali menjejakan kaki ke tanah suci memang saya gunakan sebaik-baiknya untuk beribadah dan menyucikan diri," katanya kepada Astro Gempak.
Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana itu ke sana membawa bersama bapa dan anak lelakinya, Rayyan.
Pun begitu, Nana memberitahu aktiviti seninya masih diteruskan dan bakal melancarkan sebuah single terbaharu tidak lama lagi.
"Sekarang ini saya dalam proses pemilihan lagu untuk single terbaharu saya.
"InsyaAllah dijangka akan dilancarkan pada Mac ini," katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal