Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Siti Nordiana Kekok Semasa Penggambaran 'Dia Semanis Honey'

Ahmad Shah 03/05/2016 | 08:18 MYT
Pengarah Michael Ang mendedahkan yang penyanyi Siti Nordiana kekok semasa menjalani penggambaran drama bersiri terbaru arahannya bersama Hadith Omar, Dia Semanis Honey.

Wanita yang mesra dengan nama panggilan Nana ini bergandingan bersama Alif Satar dan Hairul Azreen sebagai tunjang utama Dia Semanjs Honey.

"Sejujurnya, ketika di awal penggambaran, Nana agak kekok beraksi di depan kamera. Mungkin kerana Nana sudah lama tidak berlakon.

"Makin lama, Nana sudah kembali selesa dan mendapat rentak dalam lakonan. Akhirnya, dia menunjukkan lakonan yang 'smooth' sepanjang penggambaran," kata Michael kepada Astro Gempak.

Menampilkan kelainan dalam drama bersiri ini, karya adaptsi novel tulisan Dila Dyna ini tidak berpaksikan subjek kahwin paksa.

"Jika kebiasaannya, karya adaptasi novel menampilkan topik kahwin paksa, Dia Semanis Honey pula menampilkan sesuatu yang berbeza. Saya juga menampilkan penyanyi sebagai pelakon seperti Nana, Alif Satar dan Dafi.

"Drama bersiri ini iuga menampilkan lakonan Hairul Azreen yang sudah lama tidak tampil dalam drama bersiri. Saya berharap agar drama bersiri ini diterima semua pihak," katanya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana, Alif Satar, Hairul Azreen, Dafi, Datin Nina Juren dan ramai lagi.

Drama bersiri ini disiarkan bermula 2 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

#Siti Nordiana #Dia Semanis Honey #Dia Semanis Honey
;