Penyanyi Siti Nordiana kembali dengan lagu baharu berjudul Cukup Derita Itu.
Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, ternyata gabungan mereka cukup kuat untuk memberi kelebihan terhadap lagu ini.
Lagu ini menjadi runut bunyi drama yang menggunakan judul sama, Cukup Derita itu lakonan bintang ternama Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan Didie Alias.
Drama tersebut merupakan Arahan Along Kamaludin dan ceritanya diadaptasi daripada novel Siti Rosmizah sendiri.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana dia berdepan dengan cabaran tersendiri untuk melunaskan lagu itu..
“Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan Cukup Derita Itu menjadi.
“Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat.
“Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan daripada segi itu juga.
“Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya.
“Paling penting, secara peribadi saya memang sangat berbesar hati dapat menyanyikan karya nukilan Tam.
“Dia sememangnya komposer yang begitu teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu berkenaan dengan emosi tepat,” katanya.
Sentiasa mengutamakan ketelitian dalam karyanya, Tam pula mengakui lagu Cukup Derita Itu satu tugasan cukup besar.
Sebelum beralih kepada proses rakaman, perbincangan mendalam dengan Siti Rosmizah dibuat untuk memastikan aura lagu terbabit mampu setanding jalan cerita drama itu sendiri.
“Walaupun runut bunyi itu hanya berdurasi beberapa minit, penghasilannya perlu dilakukan dengan begitu teliti.
“Terutama daripada segi melodinya, kena menepati keseluruhan mood serta perjalanan kisah yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.
“Saya harus puji bagaimana Siti Rosmizah menerangkan secara mendalam dan terperinci berkenaan aspek penceritaan itu.
“Sekali gus, ia sangat membantu saya untuk menghasilkan lagu yang boleh meruntuh jiwa ramai sebaik mendengarnya serta menghayati baik liriknya,” ujarnya.
Cukup meledak sekitar 1990-an, Nana membuktikan dirinya adalah antara penyanyi terbaik wanita tempatan.
Meskipun pernah berehat dalam bidang seni, Nana kembali memeriahkan industri apabila menyertai sekali gus menjuarai Gegar Vaganza 2 pada 2016.
Cukup Derita Itu kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video liriknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Mya Amri
Fri May 07 2021
Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.