Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan...”

Mya Amri
12/12/2023 00:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sewaktu menyampaikan lagu Kisah Hati nyanyian asal oleh Datin Alyah.

Selain itu, Siti Nordiana atau lebis mesra disapa Nana ini juga turut berterima kasih kepada Alyah kerana hadir memberikan sokongan kepadanya di konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada Ahad.

“Nana berbesar hati dapat menyanyi lagi Kisah Hati @alyah81 dan tuan punya lagu datang support Nana, masya-Allah.

“Sorry ya beb kalau ada kekurangan di mana-mana dalam nyanyianku. Thank you beb datang support dan bagi semangat,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Dalam pada itu, Alyah menerusi ruangan komen hantaran berkenaan memaklumkan dia tidak menyalahkan Nana malah memuji usaha penyanyi itu yang berusaha memberikan persembahan terbaik.

“Babe awak dah buat sehabis daya awak. Nana tetap Nana dan semua orang sayang Nana.

“Semoga terus maju jaya. Yang penting kita sama sama kena jaga kesihatan untuk nak mencari rezeki hari mendatang,” tulisnya.

Mengulas mengenai isu tular berkenaan lagu tersebut, Alyah berkata dia tidak pernah menyalahkan Nana bahkan mereka berdua tidak sepatutnya terpalit.

“Hugs, ingat satu ni ya kita tak pernah salahkan awak langsung dan kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun… Cik Jah cayang mader,” komennya.

BERITA TRENDING: Hetty Komen Nyanyian Kisah Hati Nana Lebih Bagus Daripada Alyah, Netizen Tak Setuju! - "Tak Perlu Downgrade"

Terdahulu, peminat meluahkan rasa kurang senang dengan komen juri tetap All Stars Gegar Vaganza iaitu Hetty Koes Endang yang menganggap nyanyian Siti Nordiana lebih baik berbanding Alyah.

Hetty juga menyifatkan nyanyian Nana ada peningkatan dan bagus daripada segi vokal.

Meninjau di media sosial, beberapa pengguna menyifatkan komen terbabit tidak seharusnya diberikan dan dibandingkan dengan penyanyi asal.

Susulan komen tersebut, ramai mula berkongsi kembali video nyanyian Alyah pada acara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menyuarakan ia jauh lebih baik.


#Siti Nordiana #Mohon Maaf #Isu #Datin Alyah #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV #Kisah Hati