Siti Nordiana Sediakan Peguam, Ulas Dakwaan Tular Kemelut Dengan Syura & Lan Solo
Asraf Aided
21/07/2021 09:25 MYT
21/07/2021 09:25 MYT
Penyanyi Siti Nordiana enggan mengulas lanjut mengenai kemelut antaranya dan beberapa individu lain termasuk Lan Solo dan Syura Badron.
Kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia kini sedang dalam proses perbincangan bersama peguamnya.
"Maaf, sebenarnya saya tak boleh komen mengenai perkara ini sebab saya masih dalam perbincangan dengan peguam," ulasnya ringkas.
Malam tadi, kecoh apabila Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim tampil membuat pendedahan mengenai sikap sebenar seorang penyanyi wanita yang difahamkan ditujukan kepada Nana.
Sesi siaran langsung Instagram sekitar pukul 12 tengah malam itu turut disertai penyanyi Syura, jurusolek selebriti Aida Glam dan pengurus artis dan promosi, Sam Samin.
Dalam siaran langsung berdurasi hampir dua jam itu pelbagai kisah dibongkarkan termasuk beberapa perkara berbangkit antaranya isu menumpang populariti, bayar duit makan dan sikap membawa mulut kepada pihak ketiga.
Disebabkan perkara itu juga, hubungan persahabatan mereka yang terbina sejak berpuluh-puluh tahun retak dan mulai renggang sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, sesi siaran langsung Instagram itu tidak disimpan dan dipadamkan daripada media sosial sejurus selepas sesi terbabit tamat.
Gempak juga telah cuba menghubungi semula beberapa individu yang menyertai sesi siaran langsung itu namun tidak mendapat sebarang respon.