HIBURAN
Siti Nurhaliza & Aina Abdul Serikan Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Presiden China Xi Jinping Ke Malaysia
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi, Aina Abdul dijemput untuk membuat persembahan di majlis makan malam sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping Ke Malaysia pada Rabu.
Menurut sumber, kedua penyanyi hebat itu telah menyampaikan dua buah lagu semasa majlis makan malam itu berlangsung.
Aina telah menyanyikan lagu Tunggu Sekejap dan Wo Yao Ni De Ai sementara Siti Nurhaliza pula menyampaikan lagu tradisional Cindai dan The Moon Represent My Heart nyanyian asal Teresa Teng.
Majlis Makan Malam sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia telah berlangsung Kompleks Seri Perdana.
Sebelum ini, Aina juga telah berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuatnaik video latihan raptai serta lirik lagu Wo Yao Ni De Ai di Instagram storiesnya.