Siti Nurhaliza Akui Teringin Sambung Pelajaran - “Menuntut Ilmu Itu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad”
Izwan Isa
26/04/2022 11:50 MYT
26/04/2022 11:50 MYT
Selepas menggalas tanggungjawab mewakili pelbagai jenis produk, kini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai duta pendidikan bagi jenama Binary Universiti (BU).
Siti berkata, pelantikan tersebut dilihat sebagai sebuah platform terbaik bagi menggalakkan orang ramai menuntut ilmu, selain dirinya yang juga teringin untuk menyambung pelajaran jika mempunyai masa terluang.
“Jika dilihat pada usia saya, memang agak terlewat jika ingin sambung pelajaran. Maklumlah, melihat pada komitmen seni, jadual yang padat dan rutin sebagai ibu pun perlukan tuntutan pembahagian masa yang teliti.
“Begitupun, ada juga terdetik di hati simpan impian, mungkin untuk belajar kursus jangka pendek di Binary University. Bagaimanapun, segalanya perlu bersandar pada kemampuan diri selain tidak memerlukan komitmen tinggi.
"Menuntut ilmu itu digalakkan sehingga ke liang lahad. Kalau ada kesempatan, mungkin saya boleh pertimbangkan bidang keusahawanan bagi mengukuhkan lagi ilmu saya sebagai ahli perniagaan," katanya.
Menurut Siti, tidak salah kiranya orang ramai menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang keusahawanan.
"Pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia memberikan hikmah besar kepada kita semua. Ramai yang dilihat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
"Bagi saya, tak salah untuk menambah ilmu berniaga dengan belajar secara formal. Saya sendiri juga dibantu dengan mereka yang profesional dan mahir dalam mengukuhkan empayar perniagaan.
"Siapa tahu, mungkin graduan bidang keusahawan di BU boleh diserap menjalani latihan amali atau perindustrian mahupun bekerja di syarikat SimplySiti. BU sendiri menawarkan tiga diploma membabitkan bidang keusahawanan," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Siti kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Selain itu, Siti baru-baru ini sempat menerbitkan lagu raya terbaharu berjudul Lip Lap Raya dan berkolaborasi dengan Atta Halilintar serta Aurel Hermansyah menerusi lagu Alhamdulillah.