Laman Utama

Siti Nurhaliza, Amy Search, Dolla & Lebih 40 Artis Gamatkan Festival Muzik KEPCI 2023!

gempak
Syafiqah Jalal
13/07/2023
11:33 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza, Amy Search, Dolla & Lebih 40 Artis Gamatkan Festival Muzik KEPCI 2023!
Lebih 40 selebriti termasuk penyanyi popular tanah air seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search dan kumpulan popular wanita, Dolla bakal memeriahkan Festival Muzik KEPCI 2023 sempena ulang tahun ke-50, rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara, KFC Malaysia.
Menariknya Festival Muzik KEPCI 2023 itu bakal berlangsung di tiga lokasi iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam pada 26 Ogos 2023; Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Sabah pada 6 Oktober 2023 dan Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.
Festival muzik itu turut membariskan bakat tempatan dan persembahan artis-artis terkenal tanah air lain seperti Ella, Misha Omar, Bunkface, Bunga, COEX, DOLLA, Dalia Farhana, Estranged, Evelyn Feroza, Forceparkbois, Insomniacks, Luqman Podolski, Masdo, MK (K-Clique), SOG, Yonnyboii dan ramai lagi.
Penganjuran festival muzik ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap individu, tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang yang telah menjadikan KFC sebagai teman hidangan mereka selama lebih lima dekad.
Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang hari, termasuk permainan dan persembahan kebudayaan, serta kemuncaknya konsert yang menjanjikan persembahan muzik yang hebat.
Pengerusi QSR Brands Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata Festival Muzik KEPCI 2023 dianjurkan sempena meraikan hubungan istimewa antara Malaysia, KFC dan semua pelanggannya.
“KFC telah berkembang maju bersama seluruh rakyat Malaysia dan kami sememangnya amat berbangga menjadi sebahagian daripada budaya yang menyatupadukan rakyat Malaysia.
“Kami sedar bahawa KFC sangat dekat di jiwa dan minda rakyat Malaysia sebagai satu jenama yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dari kecil lagi dan memilih untuk terus menikmatinya sehingga kini,” katanya.
KFC membuka restoran pertamanya di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu, bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada tahun 1973. Jenama itu kemudiannya menjadi amat terkenal dan bertapak kukuh, malah dianggap sebagai tempat makan kegemaran rakyat Malaysia.
Sejak itu, KFC telah berkembang kepada lebih daripada 770 restoran di seluruh negara, dan menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan orang setiap tahun.
Untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Muzik KEPCI 2023, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Festival Muzik KEPCI 2023, sila layari laman web rasmi KMF di www.kepcimusicfest.com atau layari laman Facebook KFC Malaysia di https://rb.gy/zyyee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024