Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Siti Nurhaliza Antara Peserta Kayuhan Basikal 30 KM Ahad Ini

Asraf Aided 03/10/2019 | 09:57 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang dari 1600 peserta yang akan menyertai program kayuhan santai Bank Muamalat Avillion Coastal Ride 2019 Ahad ini.
Berita itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram rasmi Astro AWANI semalam.
Pelantun lagu Anta Permana itu dijangka akan menyertai kategori kayuhan sejauh 30 kilometer.
Jarak kayuhan tersebut akan bermula dari hotel Avillion Admiral Cove dan melalui Politeknik Port Dickson, pintasan Teluk Kemang, Jalan Sri Rusa, Jalan Pantai dan berakhir di hotel berkenaan.
Seperti diketahui ramai, penyanyi kesayangan ramai ini sememangnya aktif berbasikal dan pernah memenangi pertandingan sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin antara 1,600 peserta yang mengesahkan penyertaan dalam program kayuhan santai Bank Mualamat Avillion Coastal Ride 2019, Ahad ini. Beliau dijangka menyertai kategori kayuhan santai sejauh 30 kilometer (km) yang bermula dari Avillion Admiral Cove di sini dan melalui Politeknik Port Dickson-pintasan Teluk Kemang-Jalan Sri Rusa-Jalan Pantai dan berakhir di hotel berkenaan. Berita penuh, layari astroawani.com #AWANINews

A post shared by AstroAwani (@501awani) on

BACA : Harga Tayar Basikal Boleh Beli Proton Saga? Ini Komen Tok Ti!
#Siti Nurhaliza
;