Penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengacarakan program bual bicara berjudul Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza di Astro Oasis mulai 31 Mei ini.
Program yang mengupas pelbagai isu wanita itu turut akan menampilkan tokoh wanita Malaysia dan ditayangkan setiap hari Rabu jam 7.30 malam.
Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza antara 32 program baharu berunsur keagamaan dan hiburan yang disajikan oleh Astro sempena Ramadan ini.
Selain itu, pelakon Indonesia Oki Setiana Dewi juga bakal tampil dengan sebuah program berjudul Oki & Srikandi Al-Quran bermula 30 Mei ini.
Ia merupakan penampilan pertama Oki di kaca TV Malaysia selepas menjadi juri Gema Gegarvaganza.
Oki yang bakal berkongsi kisah 4 tokoh srikandi agung yang ditulis dalam al-Quran itu bakal bersiaran setiap hari Selasa jam 7.30 malam.
Ketua Saluran Bahagian Pernigaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata Astro meneruskan tradisi dengan menyajikan program-program baharu hiburan berunsurkan keagamaan dan ilmiah sepanjang Ramadan di semua saluran.
"Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang paling ditunggu-tunggu dan kami amat teruja untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini bersama-sama penonton dengan pelbagai sajian program baru berunsurkan keagamaan dan hiburan kekeluargaan.
"Pelbagai rancangan yang penuh dengan variasi seperti program bual bicara, drama, filem, sitkom, travelogue, sketsa, telemovie, animasi, dokumentari, muzikal dan banyak lagi menanti penoton kami di luar sana.
"Sebagai contoh Astro Oasis tampil dengan 16 buah program baru.
"Bertemakan Sahabat Muslimah Ramadan, saluran Islamik ini akan memberi penekanan ke atas pengisian kandungan yang mengangkat martabat wanita dengan memaparkan perjuangan dan pengorbanan mereka dalam menguruskan kehidupan seharian seperti Oki &Srikandi Al-Quran, Inpsirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza dan juga program bual biacara terbaharu Bismilah Ad-Duha," katanya kepada Astro Gempak.
Azlin ditemui ketika majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017, Kosong-Kosong Dari Hati di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam.
Bertemakan Kosong-Kosong Dari Hati, sempena Ramadan ini juga Astro tampil dengan program-program On Demand yang lain seperti telefilem 16 Puasa yang akan ditayangkan di Astro First, seleksi drama seperti Hero Seorang Cinderella lakonan utama Fattah Amin dan Fazura di Astro Ria dan Megat Extend di Astro Warna.
Sementara program variasi lain pula menampilkan program seperti Ring Ring Ringgit di Astro Prima serta porgam edutainment di Astro Ceria seperti Omar &Hana dan siri animasi pendek Mengaji Upin & Ipin musim kedua.
Selain itu, terdapat juga program antarabangsa yang bakal disajikan seperti filem Hidden Figures dan Logan di Astro Best, Swallows and Amzons di Fox Movies, Bat Vs Superman: Dawn of Justice di HBO serta Flower Crew di One HD.
Istimewanya juga Ramadan ini, pengacara tersohor Datuk Anzil Haji Nawawi tampil dengan program baru berjudul Go Pak Nil yang akan ditayangkan mulai 10 Mei ini setiap Rahu jam 10 pagi hingga 12 tengahri di saluran Go Shop. Ia menampilkan produk baru, terhabat , terkini dan terhangat dari Go Shop.
Teks oleh: Syafiqah Jalal