Siti Nurhaliza Bakal Umum Nama Sebenar Anak Malam Ini

Elrafaei Sapi
Mac 25, 2018 12:59 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengumumkan nama anaknya pada malam ini.
Selepas seminggu puteri kesayangan anak kepada penyanyi tersohor negara, Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lahir, pasangan ini akan memperkenalkan secara rasmi anak mereka kepada khalayak jam 9 malam ini.
Siti menerusi status di Instagramnya menyatakan detik malam ini ditunggu-tunggu selepas bayi yang digelar Fatimah Az-Zahra dilahirkan.
"Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.
"Insha Allah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam," katanya.
Tambahnya, beliau akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ctdk
#Siti Nurhaliza