Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menghadiahkan set kecantikan kepada pelajar bernama Siti Nurhaliza yang beroleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

Perkara itu didedahkan menerusi kiriman teks kepada pelajar cemerlang itu di akaun Twitternya.

"Wei, nak naik gila rasa. TokTi nak bagi hadiah dekat aku. Aku dahla minat dia," tulis gadis itu.

Menerusi kiriman teks tersebut, Siti menerusi syarikatnya, Beausiti ingin menghadiahkan set kecantikan Simplysiti kepada pelajar itu sekeluarga.

"Tahniah atas pencapaian cemerlang SPM 2019, wow sama nama dengan Siti Nurhaliza.

"Datuk Seri Siti Nurhaliza ingin hadiahkan Simplysiti dan Beausiti untuk adik dan ibu adik," tulis pengendali akaun @beausitiofficial.


Siti Nurhaliza, 18, merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Pahang yang memperoleh keputusan cemerlang SPM menerusi semakan berkomputer.

Video reaksinya ketika mengetahui keputusan cemerlang itu tular di media sosial Twitter.

Akui meminati kumpulan Korea Selatan, EXO, gadis yang dibesarkan oleh ibunya, Siti Ainoon Abdullah itu menginspirasikan Siti Nurhaliza sehingga menamakannya sempena nama penyanyi itu.