Hiburan

Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

gempak
Asyraf Roslan
13/11/2024
14:17 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga
Penganjuran kesembilan Anugerah Seni Negara (ASN) menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024.
Penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar.
Menerusi Anugerah Khas Biduan Negara, Siti membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, watikah penganugerahan, trofi Biduan Negara, sepersalinan songket dan sebagai seniman tamu Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya.
Sempena dengan penerimaan anugerah itu juga, pelantun lagu Biarlah Rashia itu juga akan melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul Sejarah pada 14 November 2024.
Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin,45, lagu itu khas buat peminatnya dan pencinta muzik.
“SN Legacy Sdn. Bhd & Universal Music Sdn. Bhd menerbitkan buah tangan terbaharu, Sejarah.
“Khas buat seluruh peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza dan pencinta muzik di mana sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Sekadar info, Gelaran Biduan dan Biduanita Negara adalah penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Penyanyi legenda yang pernah menerima gelaran tersebut antaranya Allahyarham Saloma yang dianugerahkan pada tahun 1978, Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024