Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akui teruja apabila impiannya untuk menjadi adiwira yang dipendamkan sejak kecil kini dapat dizahirkan dalam video muzik.
Siti Nurhaliza berkata gembira apabila impian tersebut dapat dilaksanakan dalam video muzik single terbarunya berjudul Segala Perasaan.
"Kalau nak tahu, sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk menjadi seorang adiwira atau superwoman, namun perkara tersebut mustahil untuk direalisasikan.
"Tetapi kini saya gembira kerana impian saya itu dapat dizahirkan melalui video muzik dan sebagai penyanyi itu lah salah satu cara untuk saya relisasikan impian tersebut.
"Setelah berbincang dengan team pengurusan, impian saya ini akhirnya berjaya dilaksanakan," katanya kepada Astro Gempak
Siti Nurhaliza ditemui selepas pelancaran butik Ariani Luxe, di Jakel Mall, semalam.
Mengulas lanjut mengenai video klip tersebut, Siti memberitahu dia turut beraksi dan berlatih teknik pertempuran yang dibantu oleh MMA Fighter iaitu Ann Osman.
"Kami menjalani penggambaran di atas bumbung sebuah rumah pangsa di ibu negara.
"Dalam video muzik tersebut saya perlu beraksi seperti seorang adiwira, malah jalan cerita dan prop yang digunakan menggambarkan saya mempunyai kuasa luar biasa.
"Saya juga melakukan beberapa aksi seperti adiwira," katanya lagi
Single dan muzik video tersebut dimuatkan dalam album Simetri Siti yang bakal dilancarkan pada 5 Mei nanti.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Apr 27 2017
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini. Jelas Sarah, 24, dia yang kini berada di Singapura telah menerima arahan itu selepas pulang ke negaran
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.