Hiburan
Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berada Di Bilik Bersalin, Menyaksikan Kelahiran Cucunya
Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin selamat menimang cahaya mata lelaki pada jam 4.33 petang semalam.
Bayi itu selamat dilahirkan Tya Ariffin yang juga pelakon Indonesia di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Berita gembira tersebut dikongsi Siti Nurhaliza pada laman Instagram (IG)
Menerusi perkongsian itu, Siti menceritakan pengalamannya berada di bilik bersalin menyaksikan serta memberi semangat kepada Tya yang bertarung nyawa melahirkan bayi sulungnya.
Berikut merupakan cerita Siti dalam kapsyennya yang dimuat naik bersama foto bersama Tya dan keluarga:
Alhamdullillah , bertambah ahli keluarga kami.. Selamat hari kelahiran Arif Jiwa bin Muhammad Asyraf @asyrafkhalid .Tahniah ibu nya @tyaarifinnw .. Pengalaman berada didalam bilik bersalin bersama sama Tya satu pengalaman berharga.. Perjuangan bertarung nyawa..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul .. wpun pasukan sorak ibu2 iaitu @teezac @komariaharifin @fitriarifinfw dan saya cuba sebaiknya memberi semangat tetapi heroin yg sebenarnya tetap si ibu yg hebat dgn kebijaksanaan DR serta Nurse yg bertugas.. Alhamdullillah.. Kedua duanya selamat dan pengalaman ini akan sentiasa saya ingat .. Besarnya pengorbanan seorang ibu dan Maha Besar NYA KekuasaanMU Ya Allah ..
Sementara itu menerusi akaun IG Asyraf, telah mendedahkan nama puteranya iaitu Ariff Jiwa.
Alhamdulillah, my 1st son, Arif Jiwa, was born today, 31st March 2017, at 4.33pm, healthy. Welcome to the world Arif. You're gonna have an awesome life.
The name Arif was taken from Tya's dad, Arifin, & Jiwa is the name i choose after my late grandfather. I remember my late grandfather very fondly & i remember a lot of good things about him. He was a very generous man, who loves making others happy.
Today is a start of a new life for us as a family. Please pray for the best for us. Thank you Allah for giving me this miracle.
Tahniah diucapkan kepada Asyraf, isteri dan seluruh ahli keluarganya, moga kehadiran cahaya mata tersebut menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Teks oleh Syafiqah Jalal