Siti Nurhaliza, Neelofa, Mila & Che Ta Antara Penerima Trofi Nona Superwoman Award 2018
Asraf Aided
05/12/2018 07:24 MYT
05/12/2018 07:24 MYT
Nona Superwoman Award telah berlangsung dengan meriah bertempat di Sime Darby Convention Centre malam tadi.
Bertemakan Super Glamourous Black & White, tetamu VVIP, selebriti serta sosialit mengenakan busana serba glamor yang menyerlahkan aura kemewahan rekaan pereka fesyen tanah air.
Ernie Zakri telah membuka tirai persembahan diikuti Ella, Syamel dan berakhir dengan persembahan memukau dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Acara gilang gemilang itu menyaksikan 36 anugerah diberikan kepada golongan VVIP, selebriti dan usahawan tempatan sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian mereka.
Anugerah utama iatu Nona Superwoman of The Year 2018 diberikan kepada Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz.
Selain dari Nona Superwoman of The Year 2018, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam itu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof) dan banyak lagi.
Siti dan Neelofa turut tersenarai dalam penerima anugerah dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iatu Nona Legend Award & Nona Influencer Award yang dimenangi Siti, diikuti Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award yang diterima oleh Neelofa.
Neelofa tidak dapat hadir ke acara itu kerana sedang bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Ria, namun pihak Nona telah menonjolkan kelainan apabila mereka menghantar trofi anugerah terbabit kepada Neelofa di studio rakaman program tersebut.
Turut hadir untuk meraikan malam berprestij ini adalah dua orang menteri wanita kerajaan Malaysia, Hajah Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penerima anugerah ini, semua pemenang telah disenaraikan dalam Majalah Nona Edisi Disember 2018 serta di platform digital www.nona.my/nonasuperwoman.