Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Nurhaliza Payung Konsert Virtual Di TikTok, Lebih 10,000 Penonton Berhimpun!

Syafiqah Jalal
14/08/2023 08:39 MYT
Penghibur tetap penghibur! Penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza tampil menghiburkan peminatnya secara virtual di media sosial, TikTok malam tadi.

Difahamkan lebih 10,000 penonton dengan tiga juta tanda suka atau likes ketika Siti Nurhaliza membuat persembahan di sesi siaran langsung (Live) di Tiktok.

Tidak ubah seperti menonton konsert atau persembahan penyanyi ketika pandemic Covid-19 melanda negara. Siti Nurhaliza tampil dalam konsert virtual sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang mana orang ramai hanya berada di rumah sahaja.

Menyampaikan lagu-lagu popularnya, peminat bagai terbuai dengan kelunakan suaranya meskipun hanya menonton secara virtual.

Ia mendapat sambutan ramai malah ada yang tidak dapat ‘move on’ dengan persembahannya lalu memuat naiknya semula di laman sosial yang sama iaitu TikTok dan juga Twitter.

Antaranya di seorang pengguna Twitter memuat naik potongan video ketika Siti menyanyikan lagu Bila Harus Memilih dari tahun 2006, ciptaan Glenn Fredly dari Indonesia.

“Arghhhh sedap gila Siti Nurhaliza nyanyi Bila Harus Memilih kat Live tadi!!!! Part “Cinta Jadiiii Dilemma” tu masih berbisa ya. Lepastu tiber masuk Bunga-bunga Cinta Misha Omar pulek,” ciapnya.

“Siti nyanyi Bila Harus Memilih tadi…sedap giler…Siap termasuk melodi lagu Bunga Bunga Cinta lepas chorus Haha,” komen seorang pengguna Twitter.

Tidak kurang juga, ramai yang teruja dengan persembahan Siti meskipun dapat mendengarnya secara virtual.

“Key asal ke ni? Wey sampai Abang Jamil mampus pun Siti takkan stop untuk surprise kita semua na!,”komen seorang netizen

“Tengah layan juga…last sekali 4 lagu dah Tok Ti menyanyi…likes dekat 3 juta,” tulis seorang warga maya.

Siti baru sahaja membuat persembahan dalam Konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 di Mega Star Arena pada 7 Ogos lalu.

#Konsert #Siti Nurhaliza #TikTok #Virtual
;