Siti Nurhaliza Pusing Spain, Portugal Bersama Keluarga

Ahmad Shah
November 9, 2016 05:15 MYT
Percutian penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah berkongsi foto percutiannya ke negara Spain dan Portugal bersama keluarga di laman Instagram (IG).
Perkongsian tersebut telah mendapat pujian pengikut IGnya kerana seringkali memuatnaik foto-foto menarik sepanjang percutiannya itu.
Antara tempat dilawati penyanyi nombor satu negara itu ialah Lisbon, Palácio da Pena, Pena Castle ,Cabo Da Roca dan Catedral De Sevilla.
Netizen turut memuji kecomelan Siti dan suaminya, Datuk K dan menganggap pasangan tersebut 'sweet' dan sangat sepadan.
Siti dan keluarga berangkat Eropah pada minggu lalu.
Dengan menggunakan #ctdkaction para peminat Siti boleh melihat pelbagai gambar menarik yang dikongsi sepanjang berada di Europah.
Jom lihat gambar percutian Datuk Siti Nurhaliza di bawah:

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

#Dato' Siti Nurhaliza