HIBURAN
Siti Nurhaliza Sambut Raya Secara Sederhana, Ada Juga Beli Baju Raya Secara ‘Online’ - “Mesti Kena Ada Yang Sedondon Dengan Anak”
Biduanita Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia sekeluarga seperti biasa menyambut Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan kemudian akan pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
Baju online
Berkongsi mengenai sambutan raya, Siti Nurhaliza memberitahu dia juga membeli baju secara atas talian selain memakai semula pakaian yang pernah digayakan sebelum ini.
“Persiapan raya saya setiap tahun sama saja. Tapi yang lebih saya fokus adalah anak-anak saya. Mesti kena ada baju yang match (sedondon) dengan ibu dan ayah.
“Untuk baju raya tak banyak pun, ada la termasuk dengan baju yang saya dah pernah pakai. Sebab ada baju yang saya pakai berulang juga. Cuma baju baru mungkin dalam tujuh saja.
“Saya pun ada baju-baju yang saya beli atas talian. Saya beli online juga sebab nak pakai sebulan kan,” kata Siti Nurhaliza kepada Gempak.
Pakai beberapa kali
Dalam pada itu, penyanyi tersohor negara ini mengakui dia berasa ‘sayang’ untuk memakai baju hanya sekali sahaja.
“Masing-masing ada pilihan kan, terpulang… tapi untuk saya, rasa sayang kalau pakai baju itu hanya sekali. Sekurang-kurangnya pakai la dua kali. Paling banyak pun, saya pernah pakai baju raya tiga kali.
“Masa itu, orang dah lupa la. Saya pakai semula untuk acara-acara macam bukan hari raya la, macam majlis kenduri kesyukuran ke, perkahwinan ke,” ujarnya.
Must-Watch Video