Laman Utama

Siti Nurhaliza Saran Artis Baharu Masuk Kelas Vokal, Akui Nyanyi Di Studio Berbeza Dengan Live

gempak
Izwan Isa
22/07/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Saran Artis Baharu Masuk Kelas Vokal, Akui Nyanyi Di Studio Berbeza Dengan Live
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyarankan penyanyi-penyanyi baharu supaya lebih banyak berlatih agar persembahan secara langsung yang membabitkan pentas besar dan audiens dapat berjalan dengan lancar.
Menurut Siti, menyanyi di studio rakaman berbanding persembahan terbuka secara ‘live’ adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tambahnya, cara nyanyian juga boleh dipengaruhi oleh rasa panik dan juga gementar jika seseorang artis baharu itu buat pertama kali menyanyi di khalayak.
“Memang betul… perasaan gementar tinggi bila seseorang yang belum pernah menyanyi secara terbuka diminta untuk berbuat demikian buat pertama kalinya. Untuk artis baharu yang perlu melalui situasi ini, mereka kena hadapi dengan tenang.
“Ya benar, suara kedengaran sedap ketika menyanyi di studio, tetapi orang dengar kita menyanyi live selalu inginkan persembahan yang setara atau lebih baik. Memang perlu berlatih untuk memudahkan nyanyian dan melancarkan persembahan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyanyi yang memulakan karier dengan single Jerat Percintaan itu memberi galakan kepada penyanyi baharu untuk mengikuti kelas vokal.
“Bagi saya tidak ada salahnya untuk ke kelas vokal sebab kadang-kala, kita memang tidak tahu teknik untuk menyanyi dengan betul. Lepas masuk kelas, baru kita tahu yang mana satu boleh bantu nyanyian kita.
“Saya pernah hadapi hal yang serupa. Bila nyanyi di studio, boleh capai nada tinggi sebab boleh ulang banyak kali. Tapi bila nyanyi live, sekali cuba sahaja. Kalau menjadi dan pitching sampai, kira memang boleh nyanyi dengan baik.
“Namun, apa pun, kita menyanyi kena ikut kemampuan. Kena selalu buat latihan, insya-Allah akan okey,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Siti bakal mengadakan persembahan Music of The Soul: An Evening with Dato' Sri Siti Nurhaliza, anjuran Yayasan Nurjiwa pada 5 dan 6 November depan di Dewan Planery, KLCC. Tiket bermula dari RM188 hingga RM1188 mula dijual di www.myticket.asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live