Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
Asyraf Roslan
18/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui penganjur perlu memainkan peranan penting dalam menganjurkan sesebuah konsert.
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
“Dari segi membuat konsert ini, penganjur kena tahu bagaimana dia nak buat marketing dan jualan sebab marketing ini membantu untuk memastikan jualan tiket itu laku ataupun tidak.
“Macam saya, walaupun dah popular orang kata letak nama Siti Nurhaliza mesti meletup. Tapi saya tak percaya benda tu meskipun ada kebenaran saya tidak meletakkan letak nama saya mesti habis.
“Saya akan tanya kepada penganjur, adakah dia mempunyai marketing yang bagus dan modal.Modal itu penting, jangan berangan nak buat konsert artis tapi tak ada modal, tak ada sponsor yang cukup.” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

Pada masa sama, pelantun lagu Cinta Tak Mungkin itu juga berkata selain daripada mempunyai rancangan pemasaran yang baik pihak penganjur juga perlu mempunyai modal untuk menganjurkan sesebuah konsert.
Jelas Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin,45, sepertinya meskipun sudah mempunyai nama yang kukuh di dalam industri dia juga masih memerlukan bantuan tajaan bagi menganjurkan sesebuah konsert.
“Saya juga masih memerlukan sponsor, sebab itu akan menambahkan lagi kekuatan konsert. Dalam kes ini saya rasa siapa nak buat konsert kena fikir banyak-banyak.
“Artis akan berikan yang terbaik, tapi penganjur memang perlu ada team marketing yang bagus untuk menyokong jualan tiket tu,” ujarnya.
Sementara itu, Siti juga meluahkan rasa simpati kepada penyanyi Aisha Retno yang berhadapan dengan isu pembatalan konsert.
Bagi Siti, Aisha merupakan seorang penyanyi muda yang berbakat dan sangat bekerja keras.
“Saya rasa simpati juga dengan Aisha Retno sebab saya tahu dia merupakan seorang artis muda yang sangat bekerja keras. Dia masuk pertandingan, usaha yang dilakukan adalah 200 peratus.
Terdahulu, konsert Aisha Retno Malam Sutera dibatalkan atas faktor kekurangan penjualan tiket.
Pihak penganjur juga memaklumkan bagi peminat yang sudah membeli tiket konsert, pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 7 ke 14 hari bekerja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024