Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Nurhaliza & Suami Dikompaun RM10,000

Asraf Aided
27/05/2021 10:20 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Uztaz Iqbal juga dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang.

Perkara itu telah diperkatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Dalam pada itu, Arjunaidi turut mengatakan pelakon Norman Hakim dan Aby Abadi juga dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar SOP baru-baru ini.

Marilah sama-sama mematuhi semua SOP yang ditetapkan, elakkan tempat sesak dan jaga jarak fizikal dengan orang lain ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat atau gunakan hand sanitizer selepas menyentuh objek atau permukaan yang disentuh ramai.

Sama-sama kita usaha hentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza



#Siti Nurhaliza #Tahnik #Langgar SOP #Kompaun #10 Ribu
;