Laman Utama

Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia

gempak
Maliah Surip
25/10/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia
Jika ada yang berfikir penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza gentar kehilangan kerjasama atau lebih 9 juta pengikut di media sosial kerana menyokong Palestin, sangkaan tersebut silap.
Hal ini kerana seperti pendiriannya sebelum ini, Siti malah dengan bangga dan berbesar hati membuat persembahan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
Biduan kesayangan itu yang menyertai himpunan tersebut sebagai pengasas NGO iaitu Yayasan Nurjiwa mendendangkan lagu Oda Bumi Anbia yang diambil daripada album E.M.A.S.
Siti hadir memakai serba putih sama seperti lebih 20 ribu rakyat Malaysia yang menunjukkan solidariti terhadap nasib malang yang menimpa Palestin sejak Israel menyerang pada 7 Oktober lalu.
“Sebagai pengasas NGO iaitu Yayasan Nurjiwa, saya terpanggil bersama-sama barisan NGO yang lain serta rakyat Malaysia untuk menyatakan pendirian kita terhadap saudara kita di sana.
“Allah lindungilah semua di sana,” tulisnya pada kapsyen di Instagram.
Disertai oleh rakyat berbilang bangsa, Himpunan Malaysia Bersama Palestin juga bergema dengan laungan ‘Hidup Gaza’ dan ‘Free, Free Palestine'.
Terdahulu Siti menerusi Yayasan Nurjiwa turut mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.
Sehingga kini, dianggarkan 4,651 penduduk di Semenanjung Gaza terkorban, manakala lebih 13,000 cedera susulan serangan Israel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live