Siti Nurhaliza Terharu, Dedah Kak Lina Sumbang RM10,000 Buat Palestin - “Moga Allah Limpahkan Rezeki Berlipat Ganda”

Mya Amri
Oktober 21, 2023 01:55 MYT

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharu apabila rakan artis iaitu Elly Mazlein menyalurkan sumbangan kepada tabung Palestin menerusi badan amal miliknya, Yayasan Nurjiwa.

Siti berkongsi perkara itu menerusi satu tangkap layar ‘direct message’ (DM) yang diterima daripada Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom di ruangan Insta Story miliknya.

Menerusi tangkap layar itu, Elly menyatakan hasrat untuk memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.

“Assalammualaikuk Tok Ti no syatu. Pom macam nak bagi sumbangan duit, tapi tak banyak, RM10,000 untuk Palestin,” tulisnya menerusi paparan yang dikongsikan Siti itu.

Terharu dengan niat ikhlas tersebut, Siti juga turut mendoakan agar Elly sentiasa dimurahkan rezeki.

“@iamellmazlein terima kasih dik, moga Allah limpahkan rezeki berlipat ganda lagi,” tulisnya.

Selain Elly, antara selebriti lain yang turut menyalurkan bantuan menerusi badan amal yang diusahakan Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa adalah pasangan pelakon, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Sehingga kini, lebih 1,300 bangunan di Semenanjung Gaza telah musnah dalam serangan balas Israel.

#Elly Mazlein #Datuk Siti Nurhaliza #Siti Nurhaliza #Kak Lina Pom Pom #Datuk Siti #Derma #CTDK #Palestin #Yayasan Nurjiwa #Kak Lina #Sumbang