Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia, Enam Kali Berturut-Turut Gais!

Fiza Kamarudin
Februari 6, 2021 13:50 MYT
Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza tersenarai kali keenam berturut-turut sebagai salah seorang muslim paling berpengaruh di dunia.
Siti pertama kali dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut pada tahun 2021.
Tahun 2021 turut menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tersenarai dalam kategori sama.
Sementara itu usahawan popular, Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan.
Dalam pada itu, Siti menerusi laman sosial Instagram (IG)nya mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.
Di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.
Senarai dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre, sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan.
#Siti Nurhaliza #CTDK #Takhta Dunia #Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia