Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Siti Rosmizah Makin Kritikal, Jangkitan COVID-19 Sudah Sampai Stage 4

Izwan Isa
03/01/2023 16:50 MYT
Novelis dan penerbit popular, Siti Rosmizah yang kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat dijangkiti virus COVID-19 semakin kritikal.

Menerusi kemas kini yang dikongsi di Instagram rasmi Siti Rosmizah, difahamkan, jangkitan COVID-19 penulis novel 7 Hari Mencintaiku itu kini sedang berada di peringkat empat.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


“Assalamualaikum… berita sedih yang kami terima. COVID-19 Kak Siti sudah naik ke stage empat.

“Sama-sama kita doa moga Kak Siti diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang melawan sakit ini. Beliau kritikal,” tulis kenyataan itu.

Dalam masa sama, penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin turut memohon agar pengikut dan juga orang ramai mendoakan agar kesihatan Siti Rosmizah agar kembali pulih seperti sedia kala.

“Teruskan berdoa ya kawan-kawan,” tulisnya.

Pada 1 Januari lalu, Gempak melaporkan Siti Rosmizah kini kritikal dan mendapat rawatan di hospital.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Kritikal #Siti Rosmizah #COVID-19 #Stage 4
;