HIBURAN

Siti Saerah Pantau Laman Sosial Ahmad, Siap Ada Peminat Ajak ‘Couple’ - “Mesej Nakal Saya Tidak Terima Tapi…”

Asyikin Mayudin 20/07/2025 | 01:55 MYT
Semakin dikenali ramai, anak kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan bersyukur tidak pernah berdepan dengan sikap ‘aneh’ dalam kalangan peminat apatah lagi menerima mesej tidak senonoh.

Menerusi podcast Kita Kita Aje!, Ahmad memberitahu media sosial miliknya sentiasa dipantau dan diperiksa oleh ibunya yang akan paling awal membaca kiriman mesej daripada peminat.

“Mesej-mesej nakal saya tidak terima, tapi kalau ada awek (gadis) yang hantar mesej, ibu saya yang akan baca dan periksa,” katanya.

Sementara itu, Saerah turut berkongsi ragam peminat yang secara berseloroh mengajak Ahmad menjalin hubungan cinta.

“Sosial media dia dipantau oleh saya. Ada yang tiba-tiba DM tanya umur Ahmad berapa dan ajak couple (bercinta),” katanya.

Dalam pada itu, Saerah turut menceritakan detik awal melihat bakat dan minat Ahmad terhadap bidang nyanyian.

“Sejak umur dia lima tahun saya dah perasan dia suka menyanyi. Saya perasan dia mula minat menyanyi selepas lihat kakaknya (Umairah) selalu menyanyi.

“Lama-lama dia ikut dan pandai menyanyi. Saya selalu rakam video dia menyanyi. Dia selalu karaoke di rumah cuma tidak menyanyi di hadapan orang ramai.

“Namun, sejak tahun lalu, dia semakin berani menyanyi dan orang ramai mula perasan bakatnya kita dia nyanyi dalam live di TikTok,” kongsinya.

undefined
#peminat #Ahmad #Siti Saerah #Laman Sosial