Siti Saleha Ayu Bersongket Dalam Tema Tradisional Melayu

Syafiqah Jalal
Ogos 7, 2017 04:06 MYT
Selepas memilih tema Inggeris untuk majlis resepsi pada 29 Julai lalu, pelakon Siti Saleha dan suami telah diraikan sekali lagi dengan tema tradisional Melayu pada Sabtu.
Siti Saleha kelihatan sangat ayu dengan busana songket Melayu berwarna coklat sedondon bersama suami.
Majlis resepsi itu diadakan dengan penuh adat Melayu di PAUM Clubhouse.
Mempelai yang memotong pulut kuning tanda kesyukuran pada majlis itu telah dihiburkan juga dengan persembahan tarian Melayu asli.
Pasangan mempelai ini telah diijabkabulkan pada 28 Julai lalu di TPC, Kuala Lumpur.
Mereka bakal diraikan dalam sebuah lagi majlis resepsi pada 12 Julai ini.
Berikut merupakan foto sepanjang majlis itu berlangsung:
#Kahwin #Majlis Resepsi #Siti Saleha #Kahwin