Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Saleha Sah Bercerai, Redha Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun

Gempak
17/01/2022 04:45 MYT
Pelakon Siti Saleha akhirnya bercerai secara sah dengan suaminya, Ahmad Lufti Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Saleha, 32, yang menikah dengan Ahmad Lufti, 36, pada 28 Julai 2017 memberitahu media keputusan bercerai diambil secara baik dan menyifatkan jodoh mereka sebagai suami isteri tidak panjang.

Kakak kepada vokalis Sam Bunkface ini juga mengaku redha kerana mampu bertahan dalam perkahwinan selama empat tahun sahaja.

“Kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, Itu sahaja yang saya nak cakap dan tak nak ulas apa apa,” katanya kepada pihak media.

Terdahulu Ahmad Lufti melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim sekitar pukul 10.30 pagi.

Pada Oktober lalu, Saleha mengesahkan dakwaan dia telah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lufti.

“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya ringkas kepada Gempak.

Instagram: @sallywho

;