Sarah telah membuat kejutan kepada suaminya itu dengan hadir ke studio ketika suaminya berkerja dengan membawa sejambak bunga.
Perkara itu dikongsi Shuib dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Kesayangan datang studio hari ini, happy anniversary ke-8 sayang," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kesejahteraan buat pasangan ini.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.