Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19 – “Kami Berlapang Dada, Serahkan Semuanya Kepada Allah…”
Fiza Kamarudin
27/07/2021 04:38 MYT
27/07/2021 04:38 MYT
Penyanyi popular Siti Sarah mengesahkan dia dan keluarga positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian calitan pagi tadi.
Sarah berkata, dia menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka dan berharap agar mereka sekeluarga dapat menempuhi 14 hari tempoh kuarantin dengan lancar.
Dia juga akan terus kekal positif dan menganggap apa yang terjadi sebagai satu hikmah.
Selain itu katanya, urusan perniagaan yang melibatkan media sosial akan diambil alih admin.
Terdahulu,Siti Sarah memuat naik hantaran melakukan ujian calitan Covid-19 di kediamannya bersama suami yang juga pelawak Shuib serta tiga anak mereka.
Ujian tersebut dibuat selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak itu semalam.
Menerusi hantaran tersebut, Sarah yang kini sarat hamil tujuh bulan menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan anak-anaknya yang masih kecil apatah lagi sedang mengalami demam.
Dia turut berasa risau dengan keadaan bayi di dalam kandungan.
Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.