Siti Sarah Sekali Lagi Jadi Mangsa Shuib Sepahtu

Elrafaei Sapi
Julai 27, 2018 15:49 MYT
Aksi suami isteri antara Shuib dengan Siti Sarah sering mencuit hati ramai peminat mereka sehingga terbaru, Shuib merakam gelagat isterinya yang sedang makan.
Dalam satu video yang dimuat naik Shuib menerusi akaun Instagramnya, @shuibsepahtu menunjukkan mereka sedang menikmati ayam goreng di sebuah restoran.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen di media sosial apabila Shuib bertindak merakam secara curi aksi isterinya sedang makan.
"Suka tgok couple celebrity ni, comel sangat. alhamdulillah, smga berkekalan ke akhir hayat. amin @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin," kata @aira.ns.
Seorang lagi netizen dikenali sebagai @aa.rsln juga terhibur menonton video tersebut.
"Gigih makan sampai suami rakam pun tak sedar HAHAHAHA comel je," katanya.
Shuib sebelum ini pernah mengenakan isterinya ketika Siti Sarah melakukan aksi #kekechallange apabila dia ditanggalkan kenderaan yang dipandu suaminya itu.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Siti Sarah #Shuib SepahTu