Penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi (Jumaat).

Perkara tersebut dikongsi pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom kepada Gempak sebentar tadi.

Bagaimanapun Siti Sarah masih belum sedar selepas ditidurkan kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Bayi Siti Sarah juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

“Assalamualaikum, untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar,” katanya.

Nana turut memohon semua mendoakan urusan Siti Sarah dipermudahkan.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sementara itu suami Siti Sarah, Shuib turut mengemaskini hantaran mengenai perkembangan isterinya itu.

Shuib berkata, bayi lelaki yang dilahirkan petang tadi terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan kerana dilahirkan pra-matang.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pagi tadi, selepas paras oksigennya menurun.