Hiburan
Siti Selamat Jalani Pembedahan Sebelum Mula Rawatan IVF
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta untuk hamil anak kedua.
Siti berkata, dilakukan kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kandungan pertama.
“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” katanya kepada BH Online.
*Perkembangan dirinya yang dimuat naik menerusi IG Story pada Isnin*
Pagi tadi Gempak sempat meninjau laman sosial Instagram (IG) Siti dan menerusi ruangan IG Story penyanyi berusia 41 tahun itu memuat naik tentang perkembangan terbaru selepas menjalani pembedahan.
Siti berkata, beliau tidak boleh banyak bergerak (bed rest) beberapa hari ini kerana pembedahan tersebut.
Must-Watch Video