Hiburan
“Situasi Sangat Kritikal, Kena Cepat, Saya Minta Maaf” - Khairul Aming Mohon Maaf Tak Sempat Nak Bergambar, Beri Fokus Pada Mangsa Banjir
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming memohon maaf sekiranya tidak sempat untuk menunaikan permintaan orang ramai yang ingin bergambar dengannya ketika di pusat bantuan banjir.
Mohon maaf tak sempat bergambar, situasi kritikal
Menurut Aming, situasi yang dilalui pada ketika itu sangat kritikal memandangkan ada mangsa banjir melibatkan warga emas dan juga bayi yang sakit.
“Kepada semua yang datang saya minta maaf sebab tak sempat nak bergambar, mungkin ternaikkan suara, cara saya react mungkin sedikit kasar atau apa saya minta maaf sebab situasi hari ini (Selasa) sangat kritikal.
“Ada orang yang dua tiga hari tak makan, ada baby yang sakit kulit, ada pakcik yang sakit jadi kita kena cepat, kita kena laju.
“Jadi saya minta maaf tak sempat nak ambil gambar korang, tak sempat nak senyum, tak sempat nak cakap elok-elok,” jelasnya menerusi video di muat naik di Insta Story pada Selasa.
Terima kasih rakyat Malaysia beri bantuan
Dalam pada itu, Aming juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
“Harap harap selepas ini bila semua sudah habis, kita jumpa macam biasa, tegur macam biasa, borak macam biasa, boleh ambil gambar macam biasa.
“Team kitorang pun tak tidur banyak hari dah so kinta maaf sangat sangat, appriciate your understanding. Terima kasih sebab bawa bantuan untuk mangsa-mangsa banjir kita semua, terima kasih,” ujarnya.
Terdahulu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.