Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Situasi Saya Berbeza...”- Penjelasan Dynas Mokhtar Bersenam Ketika Berpantang

Syafiqah Jalal 04/07/2019 | 06:00 MYT
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah meminta nasihat doktor dan bidan sebelum melakukan senaman peranakan ketika berpantang.
Menurut Dynas, senaman menaikkan peranakan itu hanya boleh dilakukan oleh ibu berpantang tertentu dengan situasi tertentu sahaja.
“Ya saya menerima banyak kecaman ketika melakukan senaman itu dan orang mengaitkannya dengan demam bentan.
“Ramai cakap siapa suruh saya angkat kaki dalam senaman peranakan itu dan mereka katakan ia punca saya demam bentan.
“Sebenarnya ia tiada kaitan pun, malah sebelum melakukan senaman itu saya sudah meminta nasihat doktor dan bidan.
“Malah senaman itu diajar oleh doktor sendiri untuk menaikkan peranakan dan baik untuk ibu yang baru lepas bersalin.
“Lagipun situasi saya berbeza kerana saya bersalin normal dan tiada sebarang jahitan sekalipun. Jadi saya dibenarkan melakukannya dan ia selamat,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dynas telah dikecam apabila memuat naik video bersenam ketika sedang berpantang.
Dynas baru sahaja melahirkan anak ketiganya Edriel Obil pada Mei lalu.

Exercises that u can do untuk naikkan peranakan... Lepas beranak it is important for us to take care of our uterus/ womb . If cara bertungku Salah or u ikat ur bengkung too early and too tight , peranakan boleh jatuh so do becareful . Fix ur insides first . #pantanglife p/s: kalau nak buat make sure dah Lepas 20 hari and luka dah kering. For your info Alhamdulillah Dynas takde jahitan langsung so that’s why I can do this workout . Best is to do after 20 days pantang. For csec kene lame sikit . After luka heals .

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

Justeru, Dynas berkata dia tidak melayan segala komen netizen mengecamnya kerana bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ ketika berpantang.
“Ada sahaja kata-kata negatif diberikan seolah-olah mereka (netizen) lebih tahu mengenai situasi dialami.
“Jadi, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.
“Bukan apa, saya masih berpantang. Jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun kurang stabil,” katanya lagi.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, tahun lalu, selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Melalui perkahwinan pertama, Dynas memperoleh dua anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
#Anak #Bersalin #Dynas Mokhtar #Berpantang #Bersenam
;