Sivaji The Boss! Ramai Suka KJ Jadi Menteri Kesihatan, - “Paling Perform! Ada KJ, Ada DG Hisham, Love!”

Mya Amri
Ogos 27, 2021 11:04 MYT

Perlantikan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk jawatan Menteri Kesihatan dalam barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Kembalinya Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dalam barisan Menteri menjadi bualan hangat netizen sehingga namanya menjadi trending hari ini.

Rata-ratanya menyifatkan pertukaran portfolio KJ kepada menteri kesihatan sebagai langkah tepat selepas melihat beliau mampu menjalankan tugas dengan baik sebelum ini.

Selain itu, mereka menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gandingan KJ dan juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham berganding bahu untuk mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, menerusi media sosial komen-komen yang diberikan netizen juga agak lucu dan tidak kurang juga ada yang mengusik KJ.

Yang tall, dark handsome pun kami suka. Eh, suka sebab dia bagus buat kerja la.. Bukan sebab dia Khairy Jamaluddin?

— Nadhirah Osman (@tintanomi) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So far aku nampak YB Khairy Jamaluddin yang bagusnya letak jawatan apa pun untuk beliau sudah pasti on form selalu?... Tahniah YB dilantik Menteri Kesihatan All the best to u..

— ShI€rA sHahZ ?? (@SheiraShahira) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

but pemilihan KJ as meteri kesihatan mmg tepat. all the best yb kj.

— Mirul Ahmad ?? (@Mirul_Ahmad91) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ayoooooooooooooooo. Haaa siapa cakap x boleh record tuuuu ayooooo. Btw esok saya cucuk 2nd dose. Nak test lah boleh record ke tak. Kalau tak boleh. Boleh tak saya cakap YB KJ dah naik pangkat? https://t.co/Lqq4LOpnPi

— 나자 툰 샤 히라 (@JeongSerri) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, KJ juga menyatakan penghargaannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan.

“Terima kasih kepada YAB PM, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi.

“Insya'Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi keluarga Malaysia,” coretnya menerusi akaun Facebook rasmi.

Khairy sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba yang akan menerajui kementerian itu.

Ismail Sabri mengumumkan barisan Jemaah Menteri dalam Kabinetnya pagi tadi yang turut menyaksikan beberapa muka baharu serta pemimpin yang dipilih semula.

Kredit foto: Instagram Unreserved Media & keithstyling

#Netizen #Khairy Jamaluddin #KJ #Menteri Kesihatan #Ahli Parlimen Rembau