Laman Utama

Skandal 1MDB Bakal Jadi Siri TV, Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama

gempak
Awani
23/11/2021
22:47 MYT
Sponsor Banner
Skandal 1MDB Bakal Jadi Siri TV, Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama
Siri televisyen mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World' sedang dalam peringkat perancangan, lapor The Hollywood Reporter.
Buku yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope itu menceritakan bagaimana Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat mendalangi kecurian berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, yang dihantar ke akaun bank di Switzerland, Singapura dan Kepulauan Virgin.
Siri ini akan diterbitkan bersama oleh Beau Willimon, yang juga terbabit dalam drama politik, House of Cards.
Rakan kongsi Willimon, Jordan Tappis dan Tan Sri Michelle Yeoh pula dikreditkan sebagai penerbit bersama.
"Kami tertarik dengan cerita yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini, dengan tumpuan pada watak yang mengelirukan dan mengejutkan.
"Kami juga mahu lebih kreatif menghasilkan karya dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live