Laman Utama
Skandal Kontroversi Tak Kacau Bisnes Shuk Sahar - "Orang Malaysia Ni Baik-Baik, Bila Tengok Saya ..."
Shuk Sahar dan kontroversi umpama berpisah tiada, ada saja kisah peribadinya diperkatakan ramai setiap waktu.
Namun, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus aktif dalam bidang perniagaan malah, bekas penyampai radio itu bersyukur dengan sokongan dari rakyat Malaysia.
"Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpaksa turun pergi rumah ke rumah dan buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman.
"Alhamdulillah… orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.
"Perniagaan saya, Alhamdullilah tak terjejas pun dengan kontroversi yang berlaku dan Alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir," katanya yang giat mengusahakan kafe minuman Semooth Cafe.
Selain itu, Shuk juga baru melancarkan gerai minumannya, SemootNgopi di Denai Alam, Shah Alam baru-baru ini.
Untuk rekod, Shuk sebelum ini berdepan kontroversi main kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Sekitar awal Ogos lalu, konflik cinta tiga segi Shuk seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.
Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.
Dalam pada itu, bekas penyampai radio ini yang semakin aktif dalam bidang perniagaan kini sudah membuka sebuah gerai kecil minuman kopi yang merupakan idea asal daripada isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Bercerita lebih lanjut mengenai bisnes kedai kopi tepi jalan yang merupakan idea asal isterinya, Shuk turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsinya, Muhammad Faizal memulakan perniagaan itu dengan modal RM4,000.
"Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.
"Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga.
"Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga," ujarnya.
Must-Watch Video