Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Skechers Lancar Koleksi SkechVibe Bersama Artis Tempatan Haris Rashid

Asyraf Roslan 25/04/2025 | 16:55 MYT

Jenama kasut global, Skechers buat pertama kalinya melancarkan kolaborasi eksklusif bersama artis tempatan terkenal, Haris Rashid.

Kolaborasi ini telah melahirkan Koleksi Skechers SkechVibe, satu rangkaian edisi terhad yang menampilkan T-shirt dan beg tote yang diinspirasikan daripada keindahan warna dan pesona alam semula jadi Malaysia.

Koleksi ini mempersembahkan transformasi biodiversiti Malaysia ke dalam bentuk seni boleh pakai.

Melalui gaya lukisan Haris yang penuh warna dan sarat penceritaan, unsur flora, fauna, budaya dan warisan tempatan disuntik ke dalam rekaan fesyen harian, menjadikan setiap helaian sebagai ‘kanvas berjalan’ yang memancarkan ekspresi seni dan identiti.
Koleksi Skechers SkechVibe menampilkan T-shirt uniseks berpotongan oversized yang santai serta beg tote kanvas berkualiti tinggi menjadikannya pilihan sempurna untuk keselesaan dan gaya.
Dengan dua variasi warna untuk T-shirt dan satu warna eksklusif untuk beg tote, setiap item dalam koleksi ini mencerminkan tenaga dan keindahan landskap Malaysia.

Beg tote edisi ini bukan sekadar bag malah a adalah kenyataan seni.
Diperbuat daripada fabrik cotton twill canvas, ia tahan lasak dan selesa digunakan.
Coraknya menampilkan bunga-bungaan yang bergabung dengan logo “S” ikonik Skechers, melambangkan ketahanan dan pertumbuhan semula jadi.
Sama ada digunakan untuk kerja, aktiviti harian atau gaya kasual, reka bentuknya yang luas dan tali kukuh menjadikan ia praktikal tanpa mengorbankan gaya.
Koleksi Skechers SkechVibe kini boleh didapati pada harga bermula RM99 di kedai konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama Shopping Centre. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Shopee dan Lazada.
#Skechers #Haris Rashid