Filem arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) telah menjengah pawagam rumah anda mulai 8 Julai baru-baru ini.

Semakin lama, semakin banyak reaksi positif para penonton yang mengatakan mereka terhibur menonton filem ini.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di YouTube, ada juga penonton yang memuji skrip filem ini.

Pada masa yang sama, penonton itu juga mengatakan penceritaan JTKTAPT tidak berat dan pastinya menghiburkan!

"Skrip best...lawak...simple tapi menghiburkan, ending twist power.

"Terbaik layan petang-petang, malam-malam lagi best," tulis warganet yang menggunakan nama Soffuan CZ di ruangan komen trailer rasmi filem berkenaan.



Dalam pada itu, Astro Shaw juga ada berkongsi pelbagai reaksi teruja orang ramai menonton filem ini di akaun Instagram rasmi mereka.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


JTKTAPT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Meskipun JTKTAPT memaparkan kisah seram, namun penceritaannya disulami elemen jenaka yang mencuit hati, jadi...Jangan takut untuk menyaksikannya okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.