Kumpulan sensasi yang tular di platform TikTok, Skuad Jerung Merah kini tampil dengan single lagu tersendiri berjudul Akulah Jerung Merah.

Menerusi laman sosial Instagram, ketua kumpulan Sofiaa Marieylla berkongsi sebuah video sedang merakamkan lagu tersebut di sebuah studio untuk tatapan umum.

“Sepanjang dua tahun Sofia membina team #squadjerungmerah, banyak gila cabaran yang perit dan susah.

“Now alhamdulillah jerung merah makin menyerlah hasil usaha keras selama ni. Yeay, excited untuk next projek.

“Mummy masuk studio jap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan Sofiaa merupakan seorang bakat baru menerusi program ‘indie space station’ di bawah label muzik Rocketfuel Records.

Berkongsi sedikit sedutan korus single terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi, ramai wargamaya memberikan pujian kepada suara Sofiaa yang lunak.

A post shared by LEADER #SQUADJERUNGMERAH (@sofiaamarieylla)


Malah, ramai juga yang teruja melihat Sofiaa tidak mempedulikan kecaman-kecaman orang lain dan mahu terus menempa nama.

“Weh sedapnya suara macam Baby Shima,” komen seorang wargamaya.

“Wow sedap dan merdunya kak Sofia terbaik. Mommy jerung merah ada bakat menyanyilah,” puji seorang wargamaya.

“Kak nanti kalau dah femes jangan lupa Terengganu kak,” pesan seorang wargamaya.

“All the best sayangku, semoga kejayaan milikmu,” ucap seorang wargamaya.

“Confirm lagu ni best,” ujar seorang wargamaya.

“Yang kutuk hina mummy tu sekarang ada apa je?” usik seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Sofiaa bersama ahli kumpulan Jerung Merah yang lain mula menjadi perhatian wargamaya dengan video-video tular mereka.

Terkenal dengan tagline “lepoh cha’ sehingga kini Sofiaa mempunyai 808,000 pengikut dan telah menerima sebanyak 14 juta tanda suka di platform TikTok.

Korang dah mengundi untuk AME2021? Jom klik banner di bawah untuk mengundi!