Laman Utama
Slay & Swag, Bila Bintang Squid Game, ‘Atok’ Oh Young-soo Berfesyen
Nombor hanyalah angka. Meski sudah berusia 78 tahun dan memegang gelaran ‘atok’, penampilan terkini bintang filem fenomena Squid Game, Oh Young-soo mengejutkan peminatnya.
Young-soo memperagakan kempen terkini dari jenama mewah Balenciaga x Adidas yang ditampilkan dalam majalah Arena Homme+ untuk keluaran November 2022.
Banyak peminat yang meninggalkan komen positif dan menyifatkan penampilan aktor veteran tersebut kelihatan sangat memukau, hebat dan masih kelihatan stylo walaupun sudah tua.
Dalam beberapa siri foto yang dikongsikan oleh majalah tersebut menerusi kemas kini di Instagramnya, Young-soo dilihat menggayakan beberapa koleksi terkini kolaborasi dari dua jenama megah dunia itu.
Antara yang menjadi buah mulut peminat adalah penampilan dalam busana berwarna biru dengan rambut putihnya juga telah diwarnakan menjadi biru.
Young-soo juga kelihatan sangat menarik saat mengayakan busana berwarna hitam dengan memegang tas tangan sedondon.
Bintang veteran yang memegang karakter pemain nombor 001 itu telah berlakon dengan cemerlang di dalam siri Korea Selatan yang telah ‘mendunia’ itu.
Dia malah mencipta sejarah sebagai aktor Korea pertama memenangi anugerah dalam acara berprestij Golden Globes 2021. Young-soo dinobatkan sebagai Aktor Pembantu Terbaik Dalam Siri dan menewaskan nama besar yang lain seperti Mark Duplass dan Billy Crudup (The Morning Show). Kieran Culkin (Succession) dan Brett Goldstein (Ted Lasso).
Must-Watch Video