Hiburan

Slot Program TV Pendidikan Kini Bersiaran di Astro Tutor TV!

Kamaruddin Razal
03/05/2020
23:57 MYT
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) telah bersetuju untuk berkerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Astro Tutor TV.
Kerjasama KPM dan Astro ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020.
Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.
Pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.
Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020.
Program ini akan disiarkan selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.
Waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603.
Rancangan berkenaan akan diulang siar pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang di saluran 601 dan pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di saluran 603 pada hari yang sama.
Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS.
Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
KPM yakin bahawa slot program TV Pendidikan melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bantu Pelajar Belajar, SMK Study Squad Is Back! Eh Cik B Dengan Zaki Yamani Pun Ada

gempak
19/03/2021
11:44 MYT
Bestnya bila ada geng belajar ramai-ramai macam ni
Laman Utama

Bantu Pelajar Mengulang Kaji Pelajaran, Astro Tutor TV capai 1.46 Juta Tontonan

gempak
10/02/2021
13:35 MYT
Belajar rajin-rajin ya.
Berita

SPM Dah Nak Dekat? Jangan Bimbang Dengan Hanya Menonton TV, Anak-Anak Boleh Ulangkaji!

gempak
06/11/2020
06:26 MYT
Dengan Hanya Menonton TV, Anak-Anak Boleh Ulangkaji!
Hiburan

Anak Bosan Duduk Di Rumah? Gunakan Masa Dengan Tonton Kelas #DudukRumah

gempak
21/10/2020
03:00 MYT
Ibu bapa tidak perlu risau lagi kalau anak-anak tiada aktiviti untuk dilakukan di rumah!
Hiburan

Mahukan Pembelajaran Yang Lebih Efektif Untuk Anak? Ibu Bapa Boleh Guna Cara Ini

gempak
14/08/2020
10:01 MYT
Dapatkan pembelajaran yang lebih efektif untuk anak anda