Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SMDX Mohon Maaf Pada iDolla - “Kami Sangat Menghormati Dolla Sebagai Senior Dalam Industri”

Mya Amri
23/05/2024 06:55 MYT
Kumpulan SMDX tampil memohon maaf kepada peminat Dolla susulan dakwaan mengenai anggotanya, Elle yang dikatakan tidak mengenali girl group popular itu.

SMDX mohon maaf

Menerusi hantaran di Insta Story, SMDX memohon maaf dan menjelaskan bahawa anggota mereka itu sememangnya tidak mengenali Dolla.

“Kami mahu meminta maaf kepada iDolla's yang tersinggung dengan kenyataan El. Tetapi Elle benar-benar tidak kenal siapa Dolla,” jelas SMDX.

A post shared by LAGI LAGI BOOM (@lagilagiboom)

Kata SMDX, mereka sangat menghormati Dolla sebagai senior dalam industri dan mengambil perkara itu sebagai pengajaran selain terus belajar memperbaiki diri.

“Tapi kami sudah kasi ajar sama dia sebab memang kami yang lain sangat hormat kepada Dolla yang merupakan senior kita dalam industri ini.

“Kami masih belajar, moga diberi peluang untuk terus berkarya,” maklum kenyataan itu.

Terdahulu, nama SMDX menjadi hangat berikutan komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

BERITA TRENDING: Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem, Jangan Bikin Malu Orang Sabah”

Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.

Selain SMDX, Julfekar sebelum ini juga pernah menegur persembahan kumpulan The Gadys kerana mutu persembahan dan kualiti vokal mereka yang agak mengecewakan.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.

#Mohon Maaf #DOLLA #iDolla #SMDX
;