Telefilem SMK Raya Dekat Jauh yang pernah bersiaran di Astro Ceria memenangi anugerah di ContentAsia Awards yang berlangsung petang tadi.

SMK Raya Dekat Jauh yang pada ditayangkan pada 5 Jun lalu mengungguli kategori Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme.

ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf kandungan terbaik serata Asia, termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

SMK Raya Dekat Jauh mengisahkan mengenai sembilan si cilik yang menyambut kedatangan Hari Raya dalam suasana norma baharu akibat penularan wabak COVID-19.

Saksikan semula SMK Raya Dekat Jauh yang boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand!